Tuesday, April 13, 2010

Review Rahsia Affiliate Kerajaan

Review Rahsia Affiliate Kerajaan
Beberapa hari ini saya membuka semula ebook-ebook yang telah saya beli. Wah, banyak jugak duit saya dah laburkan untuk affiliate dan ilmu internet. Setakat ni dah beratus jugak. Yang lagi banyak kosnya biasa la, pengiklanan. Lagipun ada satu masa dalam bisnes ni kita kan rasa kepala dah jammed dan kekeringan idea. So, bukak balik ebook, tengok-tengok mana tau ada idea baru.
Dalam banyak-banyak ebook saya paling seronok baca Rahsia Affiliate Kerajaan. Jamal, anda memang hebat dalam mengatur ayat-ayat yang menarik dan dekat di hati (dah macam TV9 pulak). Saya dah baca banyak ebook karangan Internet Marketer Malaysia, tapi yang saya terkesan betul dengan ebook Jamal. Agaknya Jamal dapat 1 kot BM dalam SPM. Cayalah.
Lagi satu yang menarik ialah ebook percuma Jamal. Panduan domain, panduan buat landing page, dan beberapa ebook lain. Memang Jamal tak kedekut ilmu. Saya akui setiap IM ada cara masing-masing tapi yang saya belajar, kalau kita curahkan ilmu pada orang lain, kita akan bertambah pandai.
Ok, lepas ni saya akan review pulak affiliate GDI (Global Domains International). Kalau anda nak tengok-tengok dulu GDI, klik sini http://www.website.ws. Kalau ada apa-apa komen email kat saya ok. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment