Affiliate ialah satu program pendapatan yang berkonsep kita menjadi agen pemasaran kepada produk yang dijual. Sebagai agen kita akan mendapat komisyen daripada setiap jualan. Yang bestnya, pendaftaran menjadi agen adalah PERCUMA.
Di dalam dunia Internet Malaysia sedang hangat dengan Rahsia Affiliate Kerajaan yang dibuat oleh saudara Jamaluddin Bahari.
So minggu lepas saya beli Rahsia Affiliate Kerajaan yang dibuat oleh saudara Jamaluddin Bahari. Oleh kerana harganya nak dinaikkan saya cepat-cepat beli. RM60 minggu lepas, sekarang dah naik RM70. Ha siapa yang lambat beli kena la bayar lebih sikit.
Baik, dalam pakej Affiliate Kerajaan ada 5 ebook dan 2 ebook percuma. Ada 5 siri iaitu:-
1. Rahsia Asas Affiliate Kerajaan - menerangkan konsep affiliate, profil Jamaluddin Bahari (wah, banyak betul Jamal dapat 1st dalam cabaran affiliate), bagaimana Jamal mendapat pendapatan tambahan yang lumayan, dan cara memilih affiliate yang betul
2. Pemasaran Forum- asas berforum dan etika berforum sebelum memasarkan produk
3. Pemasaran Email - cara berhemah dan teknik yang menghasilkan 70% pasaran, serta cara membuat kempen GetResponse
3. Pemasaran Facebook - mengandungi cara daftar Facebook (Bukumuka@Mukabuku?), cara promosi dan membuat group di Facebook
4. Pemasaran Blog - cara mudah membuat blog dan memasarkan affiliate di blog
Jamal telah memberi saya hadiah percuma iaitu :
1. Buat Duit Dengan Youtube oleh Zamri Nanyan
2. Interview 20 Affiliater Terhebat - dibuat oleh Jamal sendiri di mana Jamal menemuduga 20 orang affiliater antaranya Yoji, Ammar zahar, Luvleey, Razif yusuf, Eruwan gerry, Mazlienadzri, Zamri nanyan, Suhairi, Rajalawak dan ramai lagi. Mereka telah berkongsi rahsia menjadi affiliater terhebat dalam interview ini.
Ok, secara keseluruhannya saya suka sangat dengan cara Jamal mengolah ayatnya. Memang power! Terpikat I ! Opps terpikat dengan gaya bahasa Jamal. Saya rasa macam dah kenal lama dengan Jamal. Ya, cara penyampaian Jamal memang mesra dan dekat di hati kita.
Begitu juga dengan olahan langkah demi langkah yang ditunjukkan dengan teliti dan cermat, beserta gambar PrintScreen yang jelas. Memang mudah nak difahami. Terutamanya pada orang yang agak lambat macam saya. Ha, anda pun pasti senang faham dengan penyampaian Jamal. Kalau tak percaya tengok blog Jamal www.blogjamal.com.
Namun begitu, setiap produk pasti ada kelemahan. Saya akan berikan pendapat saya dalam post akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment